Efikasi kendiri dan penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar KKTM Sri Gading
Kemahiran manipulatif merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar aliran teknikal mahupun vokasional. Namun begitu, kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi kurang yakin dengan kemampuan mereka menguasai kemahiran manipulatif dan telalu mengharapkan kepada pengawasan daripada pen...
Saved in:
| 主要作者: | |
|---|---|
| 格式: | Thesis |
| 出版: |
2016
|
| 主题: | |
| 在线阅读: | http://eprints.uthm.edu.my/9089/ http://eprints.uthm.edu.my/9089/1/Salihah_Sombar_@_Abdul_Hamid.pdf |
| 标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
| 总结: | Kemahiran manipulatif merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar aliran teknikal mahupun vokasional. Namun begitu, kebanyakan pelajar
institusi pengajian tinggi kurang yakin dengan kemampuan mereka menguasai
kemahiran manipulatif dan telalu mengharapkan kepada pengawasan daripada
pensyarah. Justeru, kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi
Pembinaan di KKTM Sri Gading bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
manipulatif pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains berdasarkan Domain
Psikomotor Ferris dan Aziz, tahap efikasi kendiri pelajar dalam melaksanakan
eksperimen sains serta hubungan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif
dengan efikasi kendiri dalam melaksanakan eksperimen sains. Pendekatan kaedah
tinjauan digunakan bagi memperolehi data berbentuk kuantitatif. Instrumen yang
digunakan ialah ujian pasca eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies dan soal
selidik efikasi kendiri. Seramai 94 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini dipilih
melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Dapatan kajian dianalisis secara
deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS). Berdasarkan analisis skor min dan sisihan piawai, kajian mendapati bahawa
tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar berada pada tahap kelima iaitu
pengoperasian peralatan-separa mahir manakala skor min bagi tahap efikasi kendiri
pelajar (tahap keyakinan dan motivasi) dalam melaksanakan eksperimen pula berada
pada tahap yang tinggi. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan efikasi
kendiri pelajar dalam melaksanakan eksperimen dengan nilai pekali korelasi yang
sangat lemah. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor kemahiran manipulatif, tahap
keyakinan dan motivasi perlu dipertimbangkan dalam kajian yang melibatkan
sesuatu eksperimen atau kerja amali. |
|---|