Pembangunan dan keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan dan kemahiran bagi projek mesin larik pelajar politeknik
Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja bagi projek mesin larik pelajar polite...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9130/ http://eprints.uthm.edu.my/9130/1/Siti_Nur_Kamariah_Rubani.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menilai keberkesanan modul
perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan
pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran mengorganisasi kerja bagi projek mesin larik pelajar politeknik. Reka
bentuk kajian adalah gabungan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah
kualitatif digunakan untuk pembangunan modul perancahan berstruktur dalam
pembelajaran berasaskan projek manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk
menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan
projek. Proses pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran
berasaskan projek adalah menggunakan model ADDIE. Pembangunan modul
perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah berdasarkan
kepada perancahan berstruktur oleh Vygotsky (1978) dan kaedah pembelajaran
berasaskan projek oleh Buck Institute for Education (2013). Hasil pemerhatian dan
maklum balas penilaian pembangunan modul perancahan berstruktur dalam
pembelajaran berasaskan projek menunjukkan bahawa pelajar berupaya
menghuraikan pengendalian mesin larik dengan tepat, dapat menghasilkan projek
yang kemas dan mengikut spesifikasi, berupaya mencari jalan alternatif untuk
menyelesaikan masalah dan berupaya merancang dan mengorganisasi kerja dengan
baik. Penilaian secara statistik keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam
pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik,
kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja adalah menggunakan kaedah multivariate analysis of
covariance (MANCOVA). Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min kaedah
perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah paling tinggi
bagi meningkatkan pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal,
kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja mengatasi
skor min kaedah pembelajaran berasaskan projek dan kaedah demonstrasi. Hasil
dapatan data menerusi statistik MANCOVA menunjukkan bahawa nilai signifikan
adalah kurang daripada .05 (p < .05). Secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek
dapat menyokong pembelajaran pelajar dan meningkatkan pengetahuan
pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran mengorganisasi kerja. |
|---|