Hubungan antara tingkah laku asertif dengan komitmen organisasi dalam kalangan staf sokongan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tingkah laku asertif dengan komitmen organisasi dalam kalangan staf sokongan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pt. Raja, Batu Pahat, Johor. Kajian ini melibatkan responden seramai 202 orang staf bukan akademik di bawah klasifikasi perkhidm...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9133/ http://eprints.uthm.edu.my/9133/1/Hawa_Omar.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tingkah laku asertif dengan
komitmen organisasi dalam kalangan staf sokongan Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM), Pt. Raja, Batu Pahat, Johor. Kajian ini melibatkan responden
seramai 202 orang staf bukan akademik di bawah klasifikasi perkhidmatan pentadbiran
dan sokongan (N) yang terdiri daripada Kumpulan Sokongan I (Gred N27 hingga N40)
dan Kumpulan Sokongan II (Gred N17 hingga N26) dalam jenis skim perkhidmatan
kumpulan pelaksana, mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM), Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Borang Soal Selidik Asertif Rathus (1973) digunakan bagi
mengukur tingkah laku asertif, sementara Borang Soal Selidik Komitmen Organisasi
Allen dan Meyer (1990) digunakan untuk mengukur komitmen organisasi. Data yang
terkumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS)
Versi 19.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap tingkah laku asertif dan tahap komitmen
staf sokongan UTHM berada pada tahap sederhana. Analisis Korelasi Pearson
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara positif pada tahap yang rendah
di antara tingkah laku asertif dengan komitmen organisasi. Manakala Analisis Regresi
Pelbagai Piawai pula menunjukkan bahawa dimensi tingkah laku asertif, Kemampuan
Mempertahankan Pendirian (KP) adalah yang paling dominan dalam mempengaruhi
komitmen organisasi dalam kalangan staf sokongan UTHM. |
|---|