Dasar kerajaan dan isu sekuriti makanan di Malaysia: kajian analisis dokumen dan temubual
Sekuriti makanan bersandarkan pertanian di Malaysia diberikan penekanan oleh kerajaan bagi memastikan pengeluaran makanan yang stabil. Penekanan ini juga dibuat bagi menjamin kebolehdapatan makanan di peringkat domestik. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan telah memberi tumpuan terhadap dasar pemb...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9137/ http://eprints.uthm.edu.my/9137/1/Zahrul_Akmal_Damin.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Sekuriti makanan bersandarkan pertanian di Malaysia diberikan penekanan oleh kerajaan
bagi memastikan pengeluaran makanan yang stabil. Penekanan ini juga dibuat bagi
menjamin kebolehdapatan makanan di peringkat domestik. Untuk mencapai matlamat ini,
kerajaan telah memberi tumpuan terhadap dasar pembangunan pertanian makanan
walaupun berhadapan dengan tiga permasalahan iaitu perubahan fokus kerajaan daripada
negara pertanian kepada perindustrian, pergantungan pengimportan makanan, dan
perubahan iklim yang mampu mengancam sekuriti makanan. Dengan menggunakan
analisis kualitatif, kajian ini bermatlamat, pertama, meneroka agenda dasar kerajaan
berhubung sekuriti makanan dalam dokumen bajet. Kedua, menilai kesan pergantungan
import makanan kepada pemantapan dasar sekuriti makanan negara. Terakhir,
menganalisis strategi kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim bagi memastikan
sekuriti makanan terjamin. Oleh itu, kajian ini dalam rangka kerjanya meneliti usaha-usaha
pembangunan pertanian makanan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan sekuriti
makanan terjamin. Reka bentuk kajian ini menggabungkan kaedah analisis dokumen dan
temubual elit di mana 20 dokumen bajet tahunan daripada tahun 1994 hingga 2013
dianalisis selain menemubual tujuh orang informan. Hasil kajian menerusi analisis
dokumen menunjukkan kerajaan telah memberi penekanan terhadap sekuriti makanan
dengan memperkenalkan dasar galakan pertanian, program pembangunan pertanian,
penyediaan bantuan kredit, pengaplikasian teknologi, pembangunan tanah, penyelidikan
dan pembangunan, serta pengukuhan kemudahan. Kerajaan juga didapati telah mengambil
pendirian untuk memantapkan dasar sekuriti makanan bagi mengurangkan kesan
pergantungan terhadap import makanan melalui pemantapan hala tuju pertanian,
peningkatan jaminan pengeluaran, pengupayaan kebolehan agensi, pengimbangan
dagangan, dan pengembangan pemasaran. Dalam mengharungi perubahan iklim pula,
kerajaan telah memperkenal strategi pemeliharaan dan pemuliharaan, pengurusan risiko,
pembiayaan dana, penguatkuasaan undang-undang, serta kesedaran dan pendidikan bagi
memastikan sekuriti makanan terjamin. Hasil dapatan ini telah disokong oleh pandangan
daripada elit yang ditemubual. Diharapkan hasil kajian ini mampu membantu pembuat
dasar untuk merangka dasar-dasar pertanian makanan yang kurang ditumpukan
sebelumnya misalan di dalam hal pengukuhan infrastruktur, penyelidikan dan
pembangunan disamping pembangunan generasi petani muda. Hal ini penting bagi
menggalakkan pengeluaran makanan dan pada masa yang sama melindungi negara
daripada sebarang keadaan yang tidak diduga berkaitan dengan isu-isu sekuriti makanan. |
|---|