Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah mencapai taraf negara maju. Hal ini telah meletakkan kepentingan yang sangat tinggi terhadap pendidikan sebagai pemacu untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju yang mampu mendepani cabaran dan permintaan ekonomi yang dipacu oleh sain...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9155/ http://eprints.uthm.edu.my/9155/1/ZURIAWAHIDA_Zulkifli.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah mencapai taraf negara
maju. Hal ini telah meletakkan kepentingan yang sangat tinggi terhadap pendidikan
sebagai pemacu untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju yang mampu
mendepani cabaran dan permintaan ekonomi yang dipacu oleh sains dan teknologi,
seperti yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah satu pendekatan pengajaran
berasaskan masalah sebenar, yang melibatkan penggunaan pelbagai kemahiran untuk
menyelesaikannya. Kajian kuasi-eksperimental ini bertujuan mengkaji keberkesanan
kaedah PBM dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Kajian ini mengambil masa selama lapan
minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan ujian pra-pasca,
senarai semak dan soal selidik. Kajian ini melibatkan 71 orang responden dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Ismail yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kesemua responden ini ialah kumpulan
pelajar yang mengambil mata pelajaran sains tingkatan empat. Data yang diperoleh
dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical packages
for Social Science Version 21.0 (SPSS). Hasil dapatan kajian ini membuktikan kaedah
PBM berjaya meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan kemahiran
menyelesaikan masalah pelajar. Pelajar juga menunjukkan persepsi positif terhadap
kaedah PBM ini. Dapatan kajian ini menggambarkan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza, menarik serta berkesan dari kaedah tradisional mampu
meningkatkan kemahiran pelajar. |
|---|