Kepelbagaian kemahiran dan kesan terhadap prestasi kerja pegawai tadbir di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Daya saing sesebuah organisasi amat berkait rapat dengan kepelbagaian kemahiran dalam organisasi. Walaupun kepelbagaian kemahiran boleh dibangunkan oleh sesebuah organisasi, namun ianya perlu digarap ke tahap yang lebih tinggi bagi memastikan wujud kelebihan bersaing. Oleh itu kajian ini akan mengka...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9192/ http://eprints.uthm.edu.my/9192/1/Hafiza_Hani_Ramli.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Daya saing sesebuah organisasi amat berkait rapat dengan kepelbagaian kemahiran dalam organisasi. Walaupun kepelbagaian kemahiran boleh dibangunkan oleh sesebuah organisasi, namun ianya perlu digarap ke tahap yang lebih tinggi bagi memastikan wujud kelebihan bersaing. Oleh itu kajian ini akan mengkaji hubungan antara dimensi kepelbagaian kemahiran yang terdiri daripada penyeliaan kendiri, kepimpinan diri dan kepelbagaian tugasan dan kesan terhadap prestasi kerja Pegawai Tadbir di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan penyelidikan kaedah kuantitatif berdasarkan laporan analisa dari borang kajian soal selidik. Ujian deskriptif statistik yang digunakan untuk mengukur tahap kemahiran yang dimiliki oleh Pegawai Tadbir telah menunjukkan kesemua pemboleh ubah bebas dan bersandar berada pada tahap yang tertinggi kecuali dimensi kepelbagaian tugasan. Seterusnya analisis Khi Kuasa Dua, ujian T, ujian Bivariat dan ujian Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang dibentuk. Kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan di dalam prestasi kerja di antara umur, jantina, tempoh berkhidmat dan gred jawatan. Di samping itu, hanya pemboleh ubah penyeliaan kendiri sahaja yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap prestasi kerja dan seterusnya menjadi penentu yang paling dominan untuk mengekalkan prestasi kerja cemerlang di kalangan Pegawai Tadbir di UTHM. Kajian empirikal ini adalah penting kerana ianya dapat menambahkan maklumat mengenai dasar penempatan staf yang telah diamalkan di UTHM. Dapatan kajian ini juga akan membantu UTHM merangka dasar latihan yang lebih kompetatif bagi mendepani tuntutan suasana kerja yang fleksibel. |
|---|