Penilaian pelaksanaan pentaksiran kompetensi pensijilan modular (PKPM) di sekolah menengah vokasional
Pentaksiran Kompetensi Pensijilan Modular (PKPM) telah diperkenalkan dalam mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) di sekolah Menengah Vokasional (SMV) berikutan reformasi dalam pentaksiran yang menekankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Melihat kepada perkembangan ini, penilaian terhadap pela...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9194/ http://eprints.uthm.edu.my/9194/1/Marina_Ibrahim_Mukhtar.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pentaksiran Kompetensi Pensijilan Modular (PKPM) telah diperkenalkan dalam mata
pelajaran aliran vokasional (MPAV) di sekolah Menengah Vokasional (SMV)
berikutan reformasi dalam pentaksiran yang menekankan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Melihat kepada perkembangan ini, penilaian terhadap pelaksanaan
PKPM wajar dinilai berikutan perubahan pentaksiran yang terlalu berorientasikan
peperiksaan kepada PBS. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan PKPM
yang telah dijalankan di SMV. Penilaian dalam kajian ini menggunakan model
penilaian program Pusat Kajian Penilaian, Universiti of California Los Angeles
(UCLA), di mana penilaian akan tertumpu kepada empat komponen dalam model
UCLA yang merangkumi komponen persekitaran, perancangan, implementasi dan
pengiktirafan. Bilangan responden kajian terdiri daripada 554 orang guru vokasional
yang terlibat dalam pelaksanaan PKPM di 20 buah SMV di Semenanjung Malaysia.
Kaedah pemilihan sampel kajian adalah secara persampelan rawak berstrata.
Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen
utama. Manakala, kaedah temubual telah dijalankan setelah menganalisis data
kuantitatif untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci berkaitan fenomena
sebenar yang dikaji. Seramai 6 orang guru vokasional ditemubual secara bersemuka
dan 30 orang pelajar ditemubual secara kumpulan fokus. Penganalisisan data
menjurus kepada penghuraian secara deskriptif dan inferensi bagi menjawab semua
persoalan kajian. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan Statistical Package
For Sosial Science (SPSS) versi 20.0. Manakala data kualitatif disusun menggunakan
perisian ATLAS ti. Dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan PKPM secara
keseluruhannya adalah baik (tinggi). Walaupun begitu terdapat beberapa aspek yang
perlu diteliti untuk penambahbaikan terutama dalam aspek peralatan, latihan dan
kursus, dan sistem pemantauan daripada pihak bertanggungjawab. Analisis
multivariate satu hala (MANOVA) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
dimensi-dimensi dalam komponen perancangan iaitu (pengetahuan, kemahiran dan
sikap guru) berdasarkan kehadiran guru dalam latihan yang berkaitan dengan
pelaksanaan PKPM. Dapatan analisis regresi berganda menunjukkan pengaruh
dimensi sikap guru, kemudahan infrastruktur dan pengetahuan guru dalam komponen
perancangan merupakan varian yang signifikan yang menjadi peramal terhadap
penilaian komponen implementasi. Manakala, pengaruh dimensi dalam komponen
implementasi iaitu (proses pentaksiran, proses penskoran dan penyimpanan eviden)
merupakan varian yang signifikan yang menjadi peramal terhadap penilaian
komponen pengiktirafan. Usaha penambahbaikan yang berterusan perlu diberi
perhatian dan dilakukan dari masa ke semasa terutamanya dalam transformasi Kolej
Vokasional. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada
pelaksanaan pentaksiran khususnya dalam bidang pendidikan vokasional. |
|---|