Model konsep pembangunan profesionalisme tenaga pengajar kolej vokasional Malaysia
Pembangunan profesionalisme tenaga pengajar Kolej Vokasional (KV) perlu seiring dengan transformasi pendidikan vokasional bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovatif. Kajian ini mengkhusus kepada pembinaan Model Konsep Pembangunan Profesionalisme berdasarkan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9210/ http://eprints.uthm.edu.my/9210/1/Johar_Bunimin.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pembangunan profesionalisme tenaga pengajar Kolej Vokasional (KV) perlu seiring
dengan transformasi pendidikan vokasional bagi melahirkan modal insan yang
berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovatif. Kajian ini mengkhusus kepada
pembinaan Model Konsep Pembangunan Profesionalisme berdasarkan Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) dan Analisis Keperluan Latihan (AKL) bagi tenaga pengajar KV.
Pengumpulan data kajian melibat dua fasa iaitu fasa pertama (kaedah kualitatif) dan
fasa kedua (kaedah kuantitatif). Menerusi fasa pertama data kajian yang diperoleh dari
analisis dokumen, temu bual pakar dan dianalisis bagi tujuan meneroka sub elemen
LDP yang diperlukan bagi pembangunan profesionalisme tenaga pengajar KV.
Diperkukuhkan dengan persetujuan pakar menerusi dapatan analisis kebolehpercayaan
Fliess Kappa berada pada tahap baik dengan nilai pekali 0.82 bagi elemen LDP dan
0.75 bagi AKL. Model pengukuran Rasch melalui perisian Winsteps 3.69.1.11
digunakan dalam analisis kajian rintis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan
responden yang mencatatkan nilai 0.98 manakala bagi item pula ialah 0.88. Seterusnya
dalam fasa kedua, kajian melibatkan 351 orang tenaga pengajar KV seluruh Malaysia.
Perisian Winsteps digunakan bersama perisian `Statistical Package for the Social
Sciences` (SPSS) versi 20.0 bagi tujuan analisis data di peringkat kajian sebenar.
Dapatan nilai min skor dan min ukuran (logit) menunjukkan sub elemen LDP sesuai
dilaksanakan bagi program pembangunan profesionalisme tenaga pengajar. Dapatan
analisis `Differential Group Functioning` (DGF) secara keseluruhannya menunjukkan
ada perbezaan signifikan antara elemen LDP yang diperlukan oleh tenaga pengajar
berdasarkan pengalaman berkhidmat. Hasil analisis `Multiple Regression`
menunjukkan terdapat sumbangan antara elemen LDP dan AKL terhadap Standard
Profesionalisme. Dapatan Analisis Komponen Utama `Principal Component
Analysis` (PCA) menunjukkan sifat unidimensi setiap elemen telah dapat dibuktikan
apabila setiap item yang dibentuk adalah bersifat tidak bersandar serta fit kepada model
dan berdasarkan kriteria Model Pengukuran Rasch, maka Model Konsep
Pembangunan Profesionalisme Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Malaysia dapat
dibentuk dan disahkan. |
|---|