Penglibatan ibubapa sebagai pengurus komite sekolah terhadap kualiti pendidikan
Komite Sekolah merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibubapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Untuk itu perlu diketahui adakah Komite Sekolah telah menjalankan peranannya yang dapat memberi sumbangan terhadap pencapaian kualiti pendidikan. Kajian ini bertujuan...
Saved in:
| 主要作者: | |
|---|---|
| 格式: | Thesis |
| 出版: |
2016
|
| 主题: | |
| 在线阅读: | http://eprints.uthm.edu.my/9221/ http://eprints.uthm.edu.my/9221/1/Hardi_Selamat_Hood.pdf |
| 标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
| 总结: | Komite Sekolah merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung
di antara ibubapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Untuk itu perlu
diketahui adakah Komite Sekolah telah menjalankan peranannya yang dapat
memberi sumbangan terhadap pencapaian kualiti pendidikan. Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah
yakni sebagai pemberi nasihat (advisory), pemberi sokongan (supporting),
sebagai pengawal (controlling), dan sebagai pengantara (mediator) yang berkaitan
terhadap kualiti input, kualiti proses dan kualiti output. Juga untuk mengenal
pasti perbezaan yang disebabkan oleh lokasi Sekolah Menengah Atas (SMA)
yang berada di bandar di luar bandar dan mengenal pasti “kerangka model”
penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah. Kajian ini dijalankan
melalui dua fasa iaitu kajian kuantitatif fasa pertama dan kemudian fasa kedua
dengan kajian kualitatif. Sampel kajian melibatkan 19 Sekolah Menengah Atas
(SMA) Negeri di Kota Batam Provinsi Kepulauan Riau Indonesia, yang terdiri
daripada 138 orang sampel kuantitatif dan sebanyak 5 orang informan sampel
kualitatif bagi mendalami hasil kajian kuantitatif. Kajian ini menggunakan Model
SEM (PLS) untuk menganalisis data kuantitatif dan melalui kaedah triangulasi
untuk kualitatif. Hasil dapatan menunjukkan penglibatan ibubapa sebagai
Pengurus Komite Sekolah dalam menjalankan peranannya tidak banyak
pengaruhnya secara signifikan terhadap kualiti pendidikan. Secara keseluruhan
Komite Sekolah di Bandar adalah lebih baik dari di luar bandar. Kajian ini
menghasilkan satu model penglibatan Komite sekolah yang menekankan peranan
Komite sekolah sebagai rakan kongsi sekolah dengan semua pihak yang disebut
Perkongsian Bersepadu (Integrated Partnership). Model ini dapat dijadikan
cadangan kajian yang akan datang untuk melihat konsep perkongsian tersebut
dengan lebih terperinci. |
|---|