Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa
Kemerosotan nilai integriti dalam sesebuah negara boleh memberikan implikasi yang negatif kepada sosio ekonomi, budaya dan politik. Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (2006), integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Penyelidikan tentang i...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9231/ http://eprints.uthm.edu.my/9231/1/Shahidah_Hamzah2.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kemerosotan nilai integriti dalam sesebuah negara boleh memberikan implikasi yang
negatif kepada sosio ekonomi, budaya dan politik. Berdasarkan Pelan Integriti Nasional
(2006), integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individu dan organisasi. Penyelidikan tentang integriti kebanyakannya menjurus kepada
ujian psikometrik dan impak sosial namun begitu permasalahan integriti ini masih
berlarutan sehingga kini (Mikulay dan Goffin, 1998). Kajian ini menggunakan teknik
bio maklumbalas bagi mengukur elemen integriti dalam diri individu. Tujuan kajian ini
ialah mengukur sub elemen integriti menggunakan teknik bio maklumbalas manakala
objektif khusus kajian ini ialah meneroka profil integriti mahasiswa, membangunkan
protokol bio maklumbalas, mengukur profil kadar kebolehubahan jantung (HRV) dan
kitaran pernafasan dengan integriti serta menentukan hubungan antara HRV dan kitaran
pernafasan dengan elemen integriti. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu, kaedah
kuantitatif dan kaedah klinikal. Subjek kajian bagi kaedah kuantitatif meliputi 148 orang
responden yang dipilih melalui kaedah rawak sistematik manakala subjek kajian bagi
kaedah klinikal meliputi 50 orang responden yang dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan A dan kumpulan B berdasarkan pencapaian akademik. Para peserta telah
diuji menggunakan protokol bio maklumbalas yang dibangunkan dimana terdapat lapan
sesi kajian yang perlu dilalui oleh setiap peserta. Dapatan kajian kuantitatif
menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara pencapaian akademik
dengan sub elemen integriti mahasiswa iaitu mahasiswa yang mempunyai pencapaian
akademik cemerlang akan mempunyai sifat disiplin dan tanggungjawab yang tinggi
dalam diri begitu juga sebaliknya. Dapatan kaedah klinikal pula mendapati responden
yang memperoleh skor spektrum kuasa frekuensi rendah (LF) lebih tinggi skor
spektrum kuasa frekuensi tinggi (HF) dan skor spektrum kuasa frekuensi sangat rendah
(VLF) merupakan individu yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang.
Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan teknik bio maklumbalas
merupakan salah satu kaedah pengukuran integriti yang berkesan dan boleh digunapakai
serta boleh menjadi terapi dari aspek penambahbaikan diri sekiranya aktiviti-aktiviti
yang meningkatkan nilai disiplin dan tanggungjawab mahasiswa bagi meningkatkan
nilai integriti individu. |
|---|