Hubungan gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran perdagangan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka
Kajian ini menumpukan kepada hubung kait antara gaya pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik diukur melalui gred yang diperolehi pelajar pada peperiksaan akhir tingkatan 4 bagi mata pelajaran perdagangan. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat gaya pengajaran yang digu...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/925/ http://eprints.uthm.edu.my/925/1/24_Pages_from_Pages_from_HUBUNGAN_GAYA_PENGAJARAN_GURU_DENGAN_PENCAPAIAN_AKADEMIK_PELAJAR_BAGI_MAT.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini menumpukan kepada hubung kait antara gaya pengajaran guru
dengan pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik diukur melalui gred
yang diperolehi pelajar pada peperiksaan akhir tingkatan 4 bagi mata pelajaran
perdagangan. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat gaya pengajaran yang digunakan
oleh guru dan sejauh mana gaya pengajaran ini memberi kesan terhadap pencapaian
akademik pelajar. Selain itu kajian ini juga menumpukan kepada gaya pengajaran
yang bagaimana diminati oleh mereka dalam membantu mencapai prestasi akademik
yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas 62 orang pelajar kursus Pengurusan
Perniagaan di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka
yang mengambil mata pelajaran Perdagangan sebagai sampel. Keseluruhan data
telah dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS)
Version 10.0 dengan mendapatkan nilai peratusan, jumlah, skor min dan kolerasi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara gaya pengajaran
guru dengan pencapaian akademik pelajar Pengurusan Perniagaan di Sekolah
Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka. Oleh yang demikian
dapat dirumuskan bahawa gaya pengajaran guru mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar bagi mata pelajaran perdagangan. |
|---|