Kajian terhadap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu, Sabah:ke arah penghasilan garis panduan ABM berasaskan teknologi maklumat

Teknologi baru telah banyak digunakan di tempat kerja, rumah dan tidak lama lagi di sekolah juga. Komputer, pemacu CD-ROM, pemain cakera video digital, modem dan pengimbas akan didapati di setiap sekolah pada masa depan seperti televisyen, pemain kaset radio dan projektor overhead. Teknologi baru be...

முழு விளக்கம்

Saved in:
நூற்பட்டியல் விவரங்கள்
தலைமை எழுத்தாளர்: Wang, Joan Yee Juen
வடிவம்: Thesis
வெளியீடப்பட்டது: 2002
பகுதிகள்:
நிகழ்நிலை அணுகல்:http://eprints.uthm.edu.my/951/
http://eprints.uthm.edu.my/951/1/24_Pages_from_KAJIAN_TERHADAP_PENGGUNAAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DI_KALANGAN_PENSYARAH_POLITEKNIK_KOTA_.pdf
குறியீடுகள்: குறிச்சொல் இணை
குறியீடுகள் இல்லை, இந்த குறிச்சொல்லை முதலில் பதிவு செய்யுங்கள்!
விளக்கம்
தொகுப்பு:Teknologi baru telah banyak digunakan di tempat kerja, rumah dan tidak lama lagi di sekolah juga. Komputer, pemacu CD-ROM, pemain cakera video digital, modem dan pengimbas akan didapati di setiap sekolah pada masa depan seperti televisyen, pemain kaset radio dan projektor overhead. Teknologi baru bersama dengan perisian multimedia yang membolehkan interaksi dan penyertaan secara aktif memerlukan anjakan paradigma dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Perubahan dalam peranan pendidik di dalam bilik darjah beralaf teknologi tinggi akan memberi satu impak yang besar kepada para pendidik kelak. Maka satu kajian dijalankan untuk mengkaji penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Borang soal selidik telah digunakan untuk memperolehi data-data yang diperlukan dalam kajian tersebut. Memandang dapatan kajian menunjukkan tahap kekerapan penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu adalah rendah, maka salah satu lagi tujuan kajian dijalankan adalah untuk menilai daya guna produk yang telah dibangunkan untuk menangani masalah kekurangan penggunaan teknologi maklumat di kalangan pendidik. Analisis skor min menunjukkan kebanyakan responden berminat dengan produk tersebut. Adalah menjadi harapan penyelidik, melalui penyelidikan ini, Kementerian Pendidikan dan juga institusi Politeknik itu sendiri akan mendapat pandangan yang lebih baik tentang sejauh mana teknologi maklumat telah beijaya diterap dalam institusi tersebut. Tindakan sewajarnya kemudian dapat diambil untuk memperbaiki atau memperkembangkan lagi penggunaan teknologi maklumat di kalangan pendidik.