Kepuasan penghuni terhadap projek perumahan terbengkalai oleh kontraktor penyelamat kajian kes : Taman Perindustrian Hijau, Rawang
Terdapat banyak aduan yang diterima daripada pembeli rumah berhubung kualiti produk perumahan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh kontraktor penyelamat di Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian mengenai kualiti kerja kontraktor penyelamat perumahan dalam konteks kepuasan penghuni, pengguna atau pen...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9568/ http://eprints.uthm.edu.my/9568/1/NURUL_ATIQAH_MOHD_SOFBERI.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Terdapat banyak aduan yang diterima daripada pembeli rumah berhubung kualiti produk
perumahan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh kontraktor penyelamat di Malaysia.
Walau bagaimanapun, kajian mengenai kualiti kerja kontraktor penyelamat perumahan
dalam konteks kepuasan penghuni, pengguna atau penyewa rumah yang telah
diselamatkan masih kurang dilaksanakan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini memfokuskan
tentang kepuasan penghuni perumahan yang diselamatkan oleh kontraktor penyelamat.
Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan
penghuni terhadap projek perumahan yang diselamatkan oleh kontraktor penyelamat dan
mengkaji masalah utama dihadapi penghuni yang mendiami rumah yang diselamatkan
oleh kontraktor tersebut. Selain itu, hubungan antara tahap kepuasan penghuni dengan
kualiti rumah yang diselamatkan oleh kontraktor penyelamat turut dianalisis. Kajian ini
melibatkan perumahan terbengkalai yang telah diselamatkan di Taman Perindustrian
Hijau, Rawang, Selangor dengan menggunakan kaedah kuantitatif di mana pengedaran
borang soal selidik dilakukan. Seramai 118 responden terlibat dalam sesi soal selidik. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 2.0
(SPSS). Kajian mendapati tahap kepuasan penghuni berada pada tahap memuaskan dan
masalah utama yang dihadapi oleh penghuni adalah pada bahagian fizikal tangga.
Seterusnya, hasil analisis juga menunjukkan terdapat hubungkait antara kepuasan
penghuni terhadap kualiti kerja kontraktor penyelamat terutamanya dalam aspek
rekabentuk. Diharapkan pihak-pihak yang terlibat dan bertanggungjawab dalam
menangani masalah berkaitan dengan kualiti kerja kontraktor penyelamat perumahan
dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap permasalahan ini. Dengan itu, tahap
kepuasan sebenar penghuni rumah yang telah diselamatkan dapat ditingkatkan lagi kepada
tahap yang lebih tinggi. |
|---|