Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Kajian ini ber...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9573/ http://eprints.uthm.edu.my/9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%99APAR.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan
sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji sejauhmana tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di
empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek
amalan, kemahiran dan sikap serta perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap
ketiga-tiga aspek tersebut. Kajian ini melibatkan 198 orang responden iaitu terdiri
daripada guru-guru SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer Baloi dan SMK Parit
Betak di daerah Pontian. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan
data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan
perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS)
dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan
dan Ujian t “Independent Samples T-Test”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap
tinggi iaitu aspek amalan (skor min 3.89), aspek kemahiran (skor min 3.86) dan
aspek sikap (skor min 3.86). Manakala, dapatan kajian Ujian t “Independent Samples
T-Test” menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina
dari aspek amalan (p>0.05=0.803), aspek kemahiran (p>0.05=0.518) dan aspek sikap
(p>0.05=0.447) guru terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P. Secara
keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa penggunaan BBM dalam P&P adalah
penting untuk menarik minat dan meningkatkan prestasi pelajar serta mencapai
objektif pengajaran guru terhadap sesuatu mata pelajaran. |
|---|