Kompetensi guru reka cipta dalam bidang elektrik di sekolah menengah harian di Johor
Kompetensi merupakan gabungan daripada elemen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dimiliki dan dilaksanakan semampu mungkin sesuatu tugasan dan tanggungjawab. Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat direalisasikan jika guru itu kompeten dalam bidang...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9576/ http://eprints.uthm.edu.my/9576/1/MOHD_AKMAL_FIRDAUS_MOHAMAD_HAMIM.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kompetensi merupakan gabungan daripada elemen pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang perlu dimiliki dan dilaksanakan semampu mungkin sesuatu tugasan dan
tanggungjawab. Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang efektif dapat direalisasikan jika guru itu kompeten dalam bidang profesion
perguruan yang diceburi. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam dari aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap dalam bidang elektrik dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian ini merupakan
kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan borang soal selidik berskala Likert
sebagai instrumen. Soal selidik yang dijalankan mempunyai tahap ketekalan standard
sebanyak 0.963. Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Reka Cipta di seluruh Johor iaitu 86 orang guru daripada 43 buah sekolah.
Sampel pula diambil 56 orang guru, manakala baki 30 orang untuk kajian rintis. Hasil
analisis yang menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) ini
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan (min purata=4.11) dan kemahiran guru (min
purata=4.12) adalah tinggi. Begitu juga dengan sikap guru yang sangat positif (min
purata=4.53) berkenaan bidang elektrik dalam mata pelajaran Reka Cipta. Seterusnya
hasil analisis Ujian t digunakan dan dapatan menunjukkan wujudnya perbezaan yang
signifikan di antara guru lelaki dan guru perempuan dari segi tahap pengetahuan
(p=0.013) dan juga tahap kemahiran (p=0.000). Namun, dari segi sikap guru terhadap
bidang elektrik, tiada perbezaan yang signifikan (p=0.491) di antara guru lelaki dan
guru perempuan. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat membantu guru-guru
meningkatkan kualiti pengajaran apabila pihak sekolah memainkan peranan dengan
menghantar guru-guru yang memerlukan menyertai kursus dan bengkel serta peranan
pihak kementerian untuk menjelaskan hala tuju bidang teknikal dalam transformasi
pendidikan teknik dan vokasional yang sedang kita tempuhi kini. |
|---|