Pendekatan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid tingkatan dua bagi topik ungkapan algebra
Matematik merupakan salah satu subjek yang kritikal dalam arena pendidikan masa kini. Pelbagai kaedah telah diusahakan untuk membantu peningkatan subjek ini dari semasa ke semasa. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan pendekatan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Ungkapan Algeb...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9577/ http://eprints.uthm.edu.my/9577/1/SITI_NORHAIDA_Abdul_Rahman.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Matematik merupakan salah satu subjek yang kritikal dalam arena pendidikan masa kini.
Pelbagai kaedah telah diusahakan untuk membantu peningkatan subjek ini dari semasa
ke semasa. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan pendekatan gamifikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran Ungkapan Algebra bagi pelajar tingkatan dua.
Kajian kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Melalui ujian ini tahap
pencapaian dan kemahiran berfikir pelajar diukur dengan menggunakan ujian pra dan
ujian pasca dan menggunakan ujian-T. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Setiap kumpulan diberi kaedah rawatan
yang berbeza iaitu kumpulan kawalan menggunakan kaedah pendekatan tradisional dan
kumpulan eksperimen menggunakan kaedah pendekatan gamifikasi. Seramai 60 orang
pelajar terlibat dalam kajian ini. Pada peringkat awal kajian kedua-dua kumpulan telah
diberi ujian pra dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kedua-dua kumpulan berada pada tahap
yang sama tetapi selepas rawatan dijalankan kepada kedua-dua kumpulan didapati
terdapat perbezaan signifikan dalam ujian pasca. Oleh itu kaedah pendekatan gamifikasi
lebih meningkatkan pencapaian skor pelajar dalam Ungkapan Algebra berbanding
menggunakan kaedah tradisional kerana kaedah ini dapat membantu pelajar lebih aktif,
yakin diri dan meningkatkan kemahiran berfikir. |
|---|