Domain hasil pembelajaran berasaskan kerja (PBK) dalam latihan industri terhadap pelajar politeknik berdasarkan persepsi pembimbing
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah berusaha memperkenalkan satu sistem pendidikan yang baru di Politeknik bagi memastikan sistem pendidikan negara mencapai tahap yang membanggakan. Sistem pendidikan yang baru sahaja diperkenalkan adalah dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK)....
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9579/ http://eprints.uthm.edu.my/9579/1/NUR'IZZATI_AQIRAH_AMRAN_JILID.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah berusaha memperkenalkan satu
sistem pendidikan yang baru di Politeknik bagi memastikan sistem pendidikan
negara mencapai tahap yang membanggakan. Sistem pendidikan yang baru sahaja
diperkenalkan adalah dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK).
Pembelajaran ini bertujuan menyediakan pelajar yang berkemahiran tinggi kelak
apabila memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti
tahap hasil PBK dan domain hasil PBK yang dominan terhadap pelajar politeknik
bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan). Kajian ini telah menggunakan
kaedah kuantitatif secara deskriptif yang melibatkan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Responden terdiri daripada 52 orang pembimbing industri Syarikat Advance
Pact Sdn. Bhd yang menguruskan mesin elektronik perubatan di hospital kerajaan
sekitar Johor. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor
min dan sisihan piawai untuk melihat tahap hasil PBK dan juga domain hasil PBK
yang dominan terhadap pelajar politeknik. Analisis secara inferensi menggunakan
ujian-t bebas untuk menentukan domain hasil PBK berdasarkan jantina pembimbing.
Keputusan kajian mendapati tahap hasil PBK berada pada tahap tinggi dan domain
hasil PBK yang dominan adalah domain profesionalisme. Manakala, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara domain hasil PBK berdasarkan jantina pembimbing
kecuali domain pengetahuan berdasarkan jantina pembimbing. Secara
keseluruhannya, pelajar politeknik bidang Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) perlu
mempunyai domain hasil PBK yang selari dengan program yang diikuti ketika di
politeknik agar menjadi pekerja pilihan majikan ketika di industri. |
|---|