Keberkesanan penggunaan modul KUSMAPP dalam meningkatkan pencapaian matematik
Kurikulum matematik sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam kalangan murid. Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran matematik dan memperkembangkan kemah...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9580/ http://eprints.uthm.edu.my/9580/1/NURHIMMAH_A_RAHMAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kurikulum matematik sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu
matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam
kalangan murid. Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk
murid memperoleh ilmu dan kemahiran matematik dan memperkembangkan
kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid
menangani cabaran kehidupan harian. Kajian ini bertujuan untuk menguji
keberkesanan penggunaan modul KUSMAPP dalam meningkatkan pencapaian
pelajar dalam matematik di dalam topic Teorem Phytagoras. Kajian ini menggunakan
modul Kemahiran Unsur Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (KUSMAPP)
melibatkan bidang geometri ini di bawah tajuk teorem phytagoras’ ini diharap dapat
membina tahap keyakinan melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara
konstruktivisme. Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan terhadap pelajar
tingkatan dua SMK Dato’ Syed Esa. Pelajar tingkatan dua dipilih kerana silibus
teorem phytagoras’ dipelajari semasa tingkatan dua. Seramai 30 orang responden
yang terlibat. Kaedah analisis kajian ialah adalah berbentuk deskriptif dan
menggunakan boring soal selidik, modul KUSMAPP dan ujian pencapaian (ujian pra
dan ujian pos). Data yang diperolehi dianalisis bagi mendapatkan nilai min, ujian-t
dan pearson. Dapatan kajian didapati penggunaan modul KUSMAPP tidak berkesan
untuk meningkatkan pencapaian matematik. Namun begitu tiada perbezaan antara
kaedah mengajar menggunakan modul KUSMAPP berbanding pengajaran
tradisional (“chalk and talk”). Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi,
beberapa cadangan untuk penyelidikan lanjutan bagi menjayakan penggunaan modul
KUSMAPP juga ada diutarakan. |
|---|