Kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile untuk pembelajaran bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur)
Kerangka adalah struktur asas bagi sistem, konsep, atau teks dan menjadi panduan kepada pembangunan sesuatu idea baru. Hari ini, terdapat banyak kerangka pembelajaran mudah alih untuk membantu pembelajaran tetapi masih belum ada lagi kerangka untuk elemen yang perlu diintegrasikan dalam pakej pembel...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9582/ http://eprints.uthm.edu.my/9582/1/SITI_NUR_FAHDZIHA_KHYAR.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kerangka adalah struktur asas bagi sistem, konsep, atau teks dan menjadi panduan
kepada pembangunan sesuatu idea baru. Hari ini, terdapat banyak kerangka
pembelajaran mudah alih untuk membantu pembelajaran tetapi masih belum ada lagi
kerangka untuk elemen yang perlu diintegrasikan dalam pakej pembelajaran mobile
bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur) khusus
untuk pelajar Tahap 2. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan kuantitatif melibatkan 30
orang guru pakar Bahasa Inggeris di daerah Batu Pahat dengan menggunakan
instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social
Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai peratus, min dan sisihan piawai.
Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di
dalam pakej pembelajaran mobile bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa
Inggeris, mengenalpasti elemen yang membantu dalam kemahiran mendengar dan
bertutur Bahasa Inggeris dan mengenalpasti kerangka yang bersesuaian untuk bagi
merekabentuk pakej pembelajaran mobile bagi pembelajaran Bahasa Inggeris
(kemahiran mendengar dan bertutur) khusus untuk pelajar Tahap 2. Dapatan kajian
menunjukkan elemen audio, grafik dan teks perlu diintegrasikan dan elemen audio
membantu dalam kemahiran mendengar.Elemen teks membantu dalam kemahiran
bertutur Bahasa Inggeris selain elemen-elemen lain seperti boleh dimulakan dan
ditamatkan dimana-mana bahagian dan bila-bila masa, mudah digunakan tanpa
bantuan orang lain, hyperlinks dan navigasi berfungsi dengan baik, sumber lain untuk
maklumat yang berkaitan ada disediakan, direktori dan butang bantuan ada
disediakan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh perekabentuk pakej pembelajaran
mobile sebagai panduan dalam menyediakan pakej pembelajaran mobile Bahasa
Inggeris, pengkaji dalam bidang pakej pembelajaran mobile dan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Sumbangan kajian ini adalah dari aspek kerangka yang
dihasilkan, dapatan kajian dan instrumen soal selidik. |
|---|