Persepsi industri hospitaliti terhadap golongan pekerja berkeperluan khas (masalah pendengaran)

Kerjaya merupakan salah satu keperluan bagi setiap manusia samada golongan normal mahupun golongan berkeperluan khas. Kerjaya merupakan laluan bagi manusia untuk mencari sumber pendapatan untuk memastikan kelangsungan hidup. Namun, terdapat isu berkaitan pengangguran terhadap golongan berkeperluan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sairi, Nurul Afiqah
Format: Thesis
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9583/
http://eprints.uthm.edu.my/9583/1/NURUL_AFIQAH_SAIRI.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerjaya merupakan salah satu keperluan bagi setiap manusia samada golongan normal mahupun golongan berkeperluan khas. Kerjaya merupakan laluan bagi manusia untuk mencari sumber pendapatan untuk memastikan kelangsungan hidup. Namun, terdapat isu berkaitan pengangguran terhadap golongan berkeperluan khas. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti persepsi industri hospitaliti terhadap golongan berkeperluan khas (masalah pendengaran) serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh industri dalam pengambilan pekerja berkeperluan khas (masalah pendengaran). Selain itu kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti keperluan kriteria yang diharapkan oleh industri hospitaliti. Kajian ini melibatkan 28 syarikat di bawah sektor hospitaliti yang terdapat di sekitar Batu Pahat dan Muar, Johor. Seramai 88 orang majikan yang terdiri daripada pengurus, penyelia, ketua-ketua bahagian dan pekerja yang terlibat dengan pekerja berkeperluan khas (masalah pendengaran) adalah responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) versi 16.0. Hasil dapatan menunjukkan tahap penerimaan industri hospitaliti terhadap golongan pekerja berkeperluan khas (masalah pendengaran) berada pada tahap sederhana.