Pengaruh penginapan ke atas disiplin pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kajian pengaruh penginapan ke atas disiplin pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini memfokuskan kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti tahap kriteria penginapan dari aspek fizikal dan bukan fizikal yang memberi kesan terhadap penginapan pelajar di UTHM, mengenal pasti kesalahan...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/96/ http://eprints.uthm.edu.my/96/1/mohd_asmedi%2Czurina.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian pengaruh penginapan ke atas disiplin pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini
memfokuskan kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti tahap kriteria penginapan dari aspek fizikal dan bukan
fizikal yang memberi kesan terhadap penginapan pelajar di UTHM, mengenal pasti kesalahan disiplin pelajar
terhadap peraturan tempat penginapan mereka dan mengkaji hubungan signifikan antara disiplin pelajar dengan
tahap kriteria tempat penginapan mereka. Sampel kajian dipilih secara rawak yang terdiri daripada 350 pelajar dari
lima kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Syed Nasir, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Kolej Kediaman Tun
Fatimah, Kolej Kediaman Melewar dan Kolej Kediaman Perwira. Data-data kajian diperolehi daripada soal selidik
dan statistik kesalahan disiplin pelajar terhadap peraturan kolej yang direkod oleh setiap Kolej Kediaman. Dapatan kajian menunjukkan kriteria penginapan pelajar dari aspek fizikal dan bukan fizikal berada pada tahap sederhana masing-masing mendapat skor min 3.01 dan 3.47. Kesalahan disiplin pelajar menunjukkan setiap 25 orang pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman melakukan satu kes kesalahan. Dari segi hubungan signifikan antara disiplin pelajar dengan tahap kriteria penginapan pelajar di UTHM menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan berdasarkan
perbandingan yang dilakukan. Hubungan ini wujud berdasarkan kajian yang dijalankan di UTHM sahaja namun
hubungan ini tidak semestinya wujud di penginapan pelajar di tempat lain. |
|---|