Sistem inventori makmal komputer Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, UTHM (e-VENTORI)

Setiap organisasi kecil ataupun besar perlu peka dan bijak dalam menguruskan inventori mereka. Pengurusan yang bersistematik dan efisien dalam menguruskan inventori memberi manfaat bukan sahaja dari aspek pengurusan malah aspek lain seperti mengurang kos perbelanjaan dan pengeluaran organisasi. Thom...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roslan, Rosfuzah, Khamsa, Syaza Nazurah, Rokashah, Nurul Shahida Azwa, Othman, Siti Azlin
Format: Book Section
Published: Penerbit UTHM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9675/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap organisasi kecil ataupun besar perlu peka dan bijak dalam menguruskan inventori mereka. Pengurusan yang bersistematik dan efisien dalam menguruskan inventori memberi manfaat bukan sahaja dari aspek pengurusan malah aspek lain seperti mengurang kos perbelanjaan dan pengeluaran organisasi. Thomas C. Harrington di dalam artikelnya berkaitan Implementing an Effective Inventory Management System[1] menekankan aspek kawalan sebagai elemen penting dalam pengurusan inventori yang efektif. Pada masa kini, makmal komputer di Jabatan Teknologi Maklumat (JTM),Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menggunakan kaedah tradisional dalam menyimpan maklumat peralatanperalatan makmal komputer baru dan lama ke dalam Microsoft Excel. Mengikut prosedur asal, penolong juruteraakan menyimpan semua maklumat tentang peralatan makmal komputer di dalam fail-fail yang telah disusun mengikut jenis makmal komputer. Penghapusan maklumat juga dilakukan secara manual. Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan ini mengundang kepada kemungkinan berlakunya kehilangan borang-borang maklumat, kertas-kertas maklumat dan juga menyukarkan capaian data tepat. Sistem ini membantu penolong jurutera makmal komputer untuk mengetahui jumlah terkini peralatan makmal komputer dengan hanya menggunakan fungsi penjanaan laporan maklumat yang dikehendaki dalam sistem ini. Dalam usaha untuk memperbaiki dan meningkatkan penggunaan teknologi dalam persekitaran pengurusan inventori berkomputer sepenuhnya, sistem inventori yang dinamakan e-VENTORI telah dibangunkan. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil kerja penolong jurutera makmal komputer kerana para penolong jurutera hanya perlu membuat penyimpanan, penghapusan, serta pengemaskinian maklumat dengan hanya menggunakan sistem ini.