Pembangunan dan penilaian sistem penempatan program latihan mengajar secara online
Perkembangan pesat dalam Teknologi Maklumat menerajui ke arah teknologi siber. Penggunaan teknologi maklumat telah banyak mempengaruhi budaya kerja diMalaysia. Segala pengurusan dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan cekap berbanding sebelum penggunaan Teknologi Maklumat. Kajian...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/985/ http://eprints.uthm.edu.my/985/1/24_Pages_from_PEMBANGUNAN_DAN_PENILAIAN_SISTEM_PENEMPATAN_PROGRAM_LATIHAN_MENGAJAR_SECARA_ONLINE.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perkembangan pesat dalam Teknologi Maklumat menerajui ke arah teknologi siber. Penggunaan teknologi maklumat telah banyak mempengaruhi budaya kerja diMalaysia. Segala pengurusan dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih
pantas dan cekap berbanding sebelum penggunaan Teknologi Maklumat. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai sistem penempatan program latihan mengajar secara online (e-spplm) bagi kegunaan Ahli Jawatankuasa Program Latihan Mengajar, KUiTTHO. Penilaian telah dilakukan terhadap keberkesanan e-spplm yang dibangunkan dari aspek kebolehgunaan dan mesra pengguna. Pada mulanya
populasi kajian ini ialah pelajar Diploma Pendidikan Tahun 2 dan Sarjana Muda PTV Tahun 2 tetapi disebabkan terdapat kekangan dan masalah internet maka pengkaji hanya memilih pelajar Saijana Muda PTV Tahun 2 sebagai populasi.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dan temubual separuh struktur. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statictical
Packages For Social Sciences Version 11.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehgunaan espplm
adalah tinggi (skor min = 3.91) manakala tahap mesra pengguna e-spplm adalah sederhana (skor min = 3.72). Secara keseluruhannya, keberkesanan e-spplmadalah tinggi dengan skor min 3.82. Sistem sebegini juga di dapati boleh membantu
pihak pengurusan penempatan program latihan mengajar di KUiTTHO. Pengkaji mencadangkan agar e-spplm ini diperkemaskan lagi dengan mempertingkatkan lagi
ciri-ciri mesra pengguna dan kebolehgunaan sistem dengan menambah fitur paparan maklumat institusi supaya senang dicapai/akses oleh pelajar. |
|---|