Merekabentuk, menilai kesesuaian dan mengkaji keberkesanan modul pengajaran kendiri (MPK)
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina, menilai kesesuaian dan mengkaji keberkesanan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi Pemantau Tekanan Darah. Penyelidik telah menghasilkan MPK bercetak untuk digunakan dalam kajian ini dan MPK laman web adalah untuk digunakan oleh pelajar-pelajar pada m...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/986/ http://eprints.uthm.edu.my/986/1/24_Pages_from_MEREKABENTUK_MENILAI_KESESUAIAN_DAN_MENGKAJI_KEBERKESANAN_MODUL_PENGAJARAN_KENDIRI_(.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina, menilai kesesuaian dan
mengkaji keberkesanan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi Pemantau Tekanan
Darah. Penyelidik telah menghasilkan MPK bercetak untuk digunakan dalam kajian
ini dan MPK laman web adalah untuk digunakan oleh pelajar-pelajar pada masa akan
datang dalam proses pembelajaran. Dalam kajian ini, Rekabentuk Kelompok Kawalan
Tak Samaan digunakan di mana responden seramai 36 orang dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan ktunpulan kawalan. Kumpulan eksperimen
mengamalkan pengajaran bermodul yang menggunakan MPK cetakan manakala
kumpulan kawalan pula mengamalkan pengajaran tradisional yang tidak
menggunakan MPK cetakan.
Data-data kajian diperolehi daripada penilaian formatif dan daripada kajian
sebenar. Disebabkan data-data adalah dalam bentuk kuantitatif, data-data dikelaskan
kepada dua jenis iaitu data deskriptif yang menggunakan min dan sisihan piawai dan
data inferensi yang menggunakan ujian-t. Keputusan kajian mendapati bahawa
penggunaan MPK dalam pengajaran bemodul telah menghasilkan perbezaan yang
signifikan bagi pencapaian pelajar dalam Ujian Selepas di antara kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rentetan
untuk mengamalkan pengajaran kadar kendiri di politeknik-politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia. |
|---|