Kefahaman Murid Sekolah Rendah Terhadap Konsep Jirim

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman murid sekolah rendah mengenai konsep jirim. Konsep jirim yang diuji berfokus pada konsep asas yang dipelajari di sekolah rendah seperti definisi jirim, bahan jirim dan bukan jirim, serta keadaan jirim pepejal, cecair dan gas. Instumen yang digunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haji Arshad , Mohammad Yusof, Teoh , Chin Keong
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11275/
http://eprints.utm.my/11275/1/Kefahaman_Murid_Sekolah_Rendah_Terhadap_Konsep_Jirim.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman murid sekolah rendah mengenai konsep jirim. Konsep jirim yang diuji berfokus pada konsep asas yang dipelajari di sekolah rendah seperti definisi jirim, bahan jirim dan bukan jirim, serta keadaan jirim pepejal, cecair dan gas. Instumen yang digunakan ialah empat belas soalan soal selidik berbentuk struktur yang diedarkan kepada murid untuk dijawab dalam masa satu jam. Seramai 360 orang murid tahun 4,5 dan 6 daripada empat buah sekolah di daerah Batu Pahat dan Kluang Johor telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid mempunyai idea alternatif mengenai keadaan jirim dan cirinya. Idea alternatif masih kekal dalam minda murid walaupun mereka telah didedahkan dengan konsep jirim di sekolah. Adalah diharapkan guru sains di sekolah sentiasa memberi perhatian yang sepenuhnya tentang permasalahan ini agar dapat merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang berkesan bagi mengatasi kerangka alternatif dalam meningkatkan kebolehan dan pencapaian murid dalam pembelajaran konsep sains sama ada bagi tajuk konsep asas jirim atau konsep sains yang lain.