Pengetahuan Dan Pengamalan Sanitasi Makanan Di Dewan Makan Asrama Sekolah Menengah Bandar Kluang

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali makanan didewan makan asrama sekolah menengah bandar Kluang. Seramai enam puluh orang responden yang terdiri daripada pengendali makanan di dewan makan dan AJK dewan makan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Abdul Rahman, Mohd Anuar, Md Yusoff, Alina Masri
格式: Article
语言:English
出版: 2010
主题:
在线阅读:http://eprints.utm.my/11306/
http://eprints.utm.my/11306/1/Pengetahuan_Dan_Pengamalan_Sanitasi_Makanan_Di_Dewan.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali makanan didewan makan asrama sekolah menengah bandar Kluang. Seramai enam puluh orang responden yang terdiri daripada pengendali makanan di dewan makan dan AJK dewan makan yang terdiri daripada penyelia makanan, waden dan pelajar-pelajar dari lima buah sekolah berasrama sekitar bandar Kluang yang terlibat dalam kajian ini. Borang soal-selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Item-item dalam soal-selidik dibina berdasarkan Garis Panduan Kantin Sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil dari kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi, nilai alpha adalah 0.79 bagi AJK dewan makan dan 0.87 bagi pengendali makanan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis melalui ujian-t dan Anova Sehala. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pengendali makanan di dewan makan asrama berada pada tahap yang tinggi, manakala tahap pengamalan sanitasi makanan berada di tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara AJK lelaki dan AJK perempuan terhadap pengamalan sanitasi makanan dan terdapat perbezaan pengetahuan sanitasi makanan berdasarkan pengalaman di kalangan pengendali makanan di dewan makan asrama. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk meningkatkan lagi pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali makanan didewan makan asrama sekolah menengah bandar Kluang.