Pembangunan Majalah Matematik: Penilaian Berasaskan Web
Penaksiran merupakan satu aspek penting dalam pembelajaran bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar dan bagi memperbaiki pemahaman pelajar tentang sesuatu topik pelajaran. Projek ini telah menggunakan perisian terbuka (Course Management System) MOODLE Versi 1.9B4 bagi membangunkan bahan penaksira...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11542/ http://eprints.utm.my/11542/1/Pembangunan_Majalah_Matematik.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penaksiran merupakan satu aspek penting dalam pembelajaran bagi mengetahui tahap
pencapaian pelajar dan bagi memperbaiki pemahaman pelajar tentang sesuatu topik pelajaran.
Projek ini telah menggunakan perisian terbuka (Course Management System) MOODLE Versi
1.9B4 bagi membangunkan bahan penaksiran berasaskan web berbentuk kuiz serta berasaskan
model ADDIE. Kuiz ini diselitkan sebagai ruangan dalam majalah web matematik, Dunia
Matematik. Sistem MOODLE ini dianggap sesuai kerana rekabentuknya berasaskan Sosial
Konstruktivisme yang menggariskan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan
pelajar membina sendiri pengetahuan baru berdasarkan pengalaman lepas. Kuiz yang
dibangunkan bagi lima keluaran pertama adalah ditumpukan kepada sukatan pelajaran Menengah
Rendah bagi tajuk Algebraic Expression (III) dan Linear Equations (II) dan untuk Menengah
Atas tajuk Quadratic Expression and Equations dan Probability I. Kuiz yang dibangunkan adalah
berbentuk aneka pilihan dengan setiap pilihan jawapan disediakan maklumbalas yang menarik.
Pilihan jawapan serta maklumbalas yang diberikan adalah berdasarkan kepada kesilapan lazim
serta miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam diri pelajar dan berfungsi untuk membantu
pelajar memperbetulkan kesilapan mereka. Ia juga menyediakan rekod penyertaan dan gred
pelajar secara automatik. Kuiz ini diberi had masa untuk pelajar menjawabnya. Artikel bagi
mengisi ruangan Pelajari Matematik juga telah ditulis menggunakan perisian terbuka Joomla
Versi 1.5. Tujuan utama artikel dibangunkan adalah untuk membantu pelajar memantapkan lagi
kaedah mempelajari subjek Matematik di sekolah. Kajian di sekolah yang dilakukan oleh
pengkaji lain menunjukkan kuiz atas talian ini mampu menjadikan penaksiran sebagai satu aspek
pembelajaran yang lebih menarik dan efektif. Guru dan pelbagai pihak terlibat harus memberi
perhatian terhadap perkara ini untuk menggalakkan penggunaan komputer dalam penaksiran
pelajar.
Katakunci : majalah matematik, penilaian berasaskan web |
|---|