Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 92 orang pelajar tahun tiga dan empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) dan SPK, Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) dipilih secar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin, Meor Ibrahim, Wahab, Norwahidah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11545/
http://eprints.utm.my/11545/1/Tahap_Penguasaan_Kemahiran_Manipulatif_Dan_Hubungannya_Dengan_Pencapaian_Akademik_Pelajar_Fakulti_Pendidikan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 92 orang pelajar tahun tiga dan empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) dan SPK, Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (?=0.753) yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A soal selidik digunakan untuk mengetahui latar belakang dan pencapaian akademik pelajar manakala Bahagian B adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam amali kimia. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excell dan SPSS. Analisis yang digunakan adalah kekerapan, peratus, min dan ujian kolerasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar berada di tahap baik (70.3%) tetapi tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan pencapaian akademik pelajar (r=0.197). Beberapa cadangan untuk meningkatkan kemahiran manipulatif serta cadangan untuk kajian lanjutan turut dikemukakan di samping implikasi kajian. Katakunci : penguasaan kemahiran manipulatif, pencapaian akademik