Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Kajian ini melibatkan 86 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat bagi sesi 2007 bagi aliran Kejuruteraan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan , Abdul Rahim, Mohd Said, Nurul Aidayanti
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11555/
http://eprints.utm.my/11555/1/Kesediaan_Pelajar_Mempelajari_Mata_Pelajaran_Pengajian_Kejuruteraan_Awam_Di_Sekolah_Menengah_Teknik_Kuantan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Kajian ini melibatkan 86 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat bagi sesi 2007 bagi aliran Kejuruteraan Awam. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada serta perbezaan aspek-aspek ini dari segi jantina. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.906. Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar berada pada tahap sederhana bagi aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris serta pengetahuan sedia ada pelajar. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan tahap minat dan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan perempuan. Sebaliknya, penyelidik mendapati terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap tahap pengetahuan sedia ada mereka dalam mempelajari mata pelajaran ini. Hasil kajian memerlukan guru serta pihak kementerian pelajaran merangka suatu kurikulum pendidikan teknikal yang sesuai selaras dengan tahap kemampuan pelajar. Kajian yang berterusan terhadap penyelidikan ini diharap dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menjamin kualiti pendidikan negara.