Kesediaan Bakal Guru Sains Untuk Mengajar Dalam Bahasa Inggeris. Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan

Pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris telah mula dilaksanakan pada tahun 2003. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan bakal guru Sains Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengajaran sains dalam bahasa Inggeris. Empat aspek kesediaan dikaji iaitu berdasa...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang-pengarang Utama: Sulaiman, Seth, Abu Bakar, Umi Mardhiah
Format: Artikel
Bahasa:English
Diterbitkan: 2010
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://eprints.utm.my/11620/
http://eprints.utm.my/11620/1/Kesediaan_Bakal_Guru_Sains_Untuk_Mengajar_Dalam_Bahasa_Inggeris.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris telah mula dilaksanakan pada tahun 2003. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan bakal guru Sains Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengajaran sains dalam bahasa Inggeris. Empat aspek kesediaan dikaji iaitu berdasarkan aspek pengetahuan mata pelajaran sains, penguasaan istilah sains, penguasaan bahasa Inggeris dan keberkesanan kursus yang dihadiri. Kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif diskriptif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Keseluruhan populasi diambil sebagai sampel kajian yang melibatkan 74 orang pelajar tahun akhir daripada pengkhususan 4 SPN, 4 SPC dan 4 SPF. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS 11.5 for Windows) berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan bakal guru dari aspek pengetahuan mata pelajaran sains, istilah sains dan penguasaan bahasa Inggeris adalah sederhana manakala keberkesanan kursus yang dihadiri menunjukkan min penilaian kesediaan yang tinggi. Semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama bagi membantu melengkapkan bakal guru terutamanya dengan penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik supaya mereka bersedia untuk mengajar Sains dalam bahasa Inggeris. Katakunci: : bahasa Inggeris, bakal guru, Pengajaran dan pembelajaran Sains