Masalah Pembelajaran Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Kimia Khususnya Tajuk Elektrokimia

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat dalam mempelajari matapelajaran kimia khususnya dalam tajuk elektrokimia serta faktor –faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Seramai 150 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru te...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Bakar, Md. Nor, Tay, Chien Wei
格式: Article
语言:English
出版: 2010
主题:
在线阅读:http://eprints.utm.my/11624/
http://eprints.utm.my/11624/1/Masalah_Pembelajaran_Pelajar_Tingkatan_Empat_Dalam_Mata.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat dalam mempelajari matapelajaran kimia khususnya dalam tajuk elektrokimia serta faktor –faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Seramai 150 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru telah dipilih secara rawak untuk dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik yang merangkumi konsep dalam elektrolisis, pengenalpastian ion, penulisan persamaan dan tindakbalas yang berlaku semasa proses elektrolisis. Untuk mendapat maklumat tambahan yang lebih terperinci, temubual yang melibatkan 15 orang pelajar turut dijalankan.Dapatan kajian jelas menunjukkan pelajar tingkatan empat telah menghadapi masalah yang agak rumit semasa mempelajari tajuk elektrokimia. Antara masalah yang dihadapi ialah pemahaman konsep asas yang lemah, penulisan persamaan yang seimbang dan menghuraikan proses elektrolisis.Adalah dicadangkan agar para guru dapat merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan berasaskan teori konstuktivisme untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran topik elektrokimia. Para pelajar juga harus lebih bertanggungjawab kepada pembelajaran dan harus memiliki sikap yang dinamik dalam menangani masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mempelajari topic elektrokimia dan berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran. Katakunci: masalah pembelajaran pelajar