Pembangunan Perisian Multimedia Berdasarkan Pembelajaran Aktif Bagi Tutorial Bertajuk Kebarangkalian I Matematik Kbsm Tingkatan 4
Reformasi sistem pendidikan di negara kita telah melahirkan Sekolah Bestari yang menekankan pembelajaran elektronik. Selaras dengan hasrat tersebut, sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Kebarangkalian I, topik dalam Matematik KBSM Tingkatan 4 telah dibangunkan. Ka...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11646/ http://eprints.utm.my/11646/1/Pembangunan_Perisian_Multimedia_Berdasarkan_Pembelajaran_Aktif_Bagi_Tutorial_Bertajuk.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Reformasi sistem pendidikan di negara kita telah melahirkan Sekolah Bestari yang menekankan
pembelajaran elektronik. Selaras dengan hasrat tersebut, sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) yang bertajuk Kebarangkalian I, topik dalam Matematik KBSM Tingkatan 4 telah
dibangunkan. Kajian ini telah merangkumi semua subtopik dalam bab Kebarangkalian I, iaitu Ruang
Sampel, Peristiwa, dan Kebarangkalian Suatu Peristiwa. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa
penghantar dalam perisian ini dan ia dibina khusus untuk pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata
pelajaran Matematik. Walaupun wujud pelbagai jenis pakej perisian pendidikan di pasaran, pendekatan
pengajaran yang digunakan didapati kurang bersesuaian. Oleh yang demikian, saya telah mengambil
inisiatif untuk membangunkan perisian yang berbentuk tutorial berdasarkan pendekatan pembelajaran
aktif untuk mengatasi masalah ini. Gabungan teks, grafik, audio dan animasi dapat memberikan satu
corak pembentangan maklumat yang menarik bagi mengekalkan tumpuan dan memudahkan pemahaman
pelajar terhadap isi pelajaran. Interaktiviti turut diterapkan dalam perisian PBK ini agar pelajar terlibat
secara aktif dalam proses pembelajaran. Perisian PBK ini telah dibangunkan berdasarkan model
rekabentuk instruksi Hannafin and Peck dengan gabungan beberapa perisian seperti Macromedia
Authorware 7.01, Adobe Photoshop CS 2, Macromedia Flash MX 2004 dan Sony Sound Forge 7.0.
Perisian ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan pengguna menggunakannya.
Penghasilan perisian ini diharapkan dapat menggalakkan para pelajar menjalankan pembelajaran kendiri
di samping mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan
teknologi masa kini.
Katakunci: Sekolah Bestari, pembelajaran elektronik |
|---|