Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. Seramai 129 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang terdiri daripada 41 orang pelajar lelaki dan 88 orang pelajar p...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11667/ http://eprints.utm.my/11667/1/Kesediaan_Pelajar_Mempelajari_Mata_Pelajaran_Pengajian_Kejuruteraan_Awam_Di_Sekolah_Menengah_Teknik_Muadzam_Shah.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Muadzam Shah, Pahang. Seramai 129 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang terdiri
daripada 41 orang pelajar lelaki dan 88 orang pelajar perempuan telah dipilih untuk menjadi
responden. Dalam kajian ini, kesediaan pelajar dikaji dalam tiga aspek iaitu minat, kemahiran
bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik
dan nilai kebolehpercayaannya adalah ? = 0.906. Analisis statistik deskriptif telah digunakan
dalam tatacara menganalisis data. Pada keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa
kesediaan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang adalah pada tahap yang sederhana. Hasil ujian-t pula
menunjukkan terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Walaubagaimanapun tidak terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia
ada antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah
dikemukakan kepada guru, pihak sekolah dan ibu bapa bagi meningkatkan kesediaan di kalangan
pelajar. Di samping itu, cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan kajian
ini dengan lebih mendalam juga diberikan.
Katakunci : kesediaan pelajar, pengajian kejuruteraan awam |
|---|