Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya berdasarkan empat faktor iaitu minat, pengaruh luar, bimbingan dan kaunseling kerjaya dan situasi pekerjaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Minghat, Asnul Dahar, Mansor, Noor Zalilah
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11703/
http://eprints.utm.my/11703/1/Pemilihan_Bidang_Kejuruteraan_Elektrik_Dan_Elektronik_Sebagai_Pembentukan_Awal_Kerjaya_Di_Sekolah_Menengah_Teknik_Daerah_Seberang_Perai.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya berdasarkan empat faktor iaitu minat, pengaruh luar, bimbingan dan kaunseling kerjaya dan situasi pekerjaan sebagai seorang jurutera. Sampel kajian terdiri daripada 127 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah ? = 0.711. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) Versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor situasi pekerjaan dengan nilai min tertinggi iaitu 3.92 paling mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya dalam bidang elektrik dan elektronik, manakala tiga faktor lain yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam bidang elektrik dan elektronik dengan nilai min bagi faktor minat ialah 3.48, faktor pengaruh luar dengan nilai min 3.06 dan faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya dengan nilai min 3.01 mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Beberapa cadangan dikemukakan bagi melaksanakan kajian lanjutan dilakukan. Katakunci: pemilihan kerjaya, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik