Tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar
Bimbingan merupakan unsur yang terpenting dalam latihan mengajar untuk memastikan objektif latihan mengajar dapat dicapai. Guru bertanggungjawab untuk menilai dan memberi bimbingan kepada pelatih. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11812/ http://eprints.utm.my/11812/1/Tahap_Kepuasan_Guru.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Bimbingan merupakan unsur yang terpenting dalam latihan mengajar untuk memastikan objektif latihan mengajar dapat dicapai. Guru bertanggungjawab untuk menilai dan memberi bimbingan kepada pelatih. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Tumpuan kajian ini ialah mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan, penilaian, kerjasama dan sikap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal selidik dan temubual ke atas pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia telah menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap bimbingan, penilaian dan sikap yang ditunjukkan oleh guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Faktor kerjasama yang diberikan oleh guru pembimbing mempunyai permasalahan yang perlu dilihat dan diperbaiki. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan tahap kepuasan di kalangan guru pelatih seperti mewujudkan hubungan yang baik di antara guru pembimbing dan guru pelatih. Di samping itu, perbincangan patut diadakan bagi meningkatkan lagi mutu latihan mengajar. |
|---|