Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Keelektromagnetan, Fizik Tingkatan Lima Berasaskan Pendekatan Konseptual Melalui Visual

Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan yang dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima. Dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat diperlukan bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Salleh, Shaharudddin, Hell Mee, Halimatun Saadiah
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11853/
http://eprints.utm.my/11853/3/Pembangunan_Modul_Pembelajaran_Kendiri_Keelektromagnetan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan yang dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima. Dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat diperlukan bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Kajian yang dilakukan merangkumi pembinaan dan penilaian terhadap sebuah Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Keelektromagnetan bagi mata pelajaran Fizik KBSM tingkatan Lima. Model yang digunakan untuk MPK ini adalah Model Meyer. MPK Keelektromagnetan ini meliputi lima topik besar iaitu “Kesan magnet yang disebabkan oleh konduktor membawa arus”, “Daya magnet ke atas dawai membawa arus”, “Aruhan elektromagnet”, “Transformer”, dan “Penjanaan dan penghantaran” berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2006. MPK ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru fizik dan pelajar aliran Sains tingkatan 5. Pendekatan secara konseptual dan visual diterapkan dalam pembangunan ini. Alat pengarangan yang digunakan dalam perisian ini ialah Adobe PageMaker 7.0 dan Microsoft Word. Melalui MPK ini, diharapkan guru dan pelajar dapat meningkatkan penghayatan, penguasaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Fizik.