Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Penyelaras ICT Di Sekolah-Sekolah Rendah Zon Paloh, Kluang
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahun ICT, kemahiran ICT dan sikap dalam mengurus ICT (PKS ICT) di kalangan Guru Penyelaras ICT di sekolah-sekolah rendah di Zon Paloh. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk melihat hubungan antara elemen-elemen dalam domain PKS ICT yang...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11857/ http://eprints.utm.my/11857/1/Pengetahuan.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahun ICT, kemahiran ICT dan
sikap dalam mengurus ICT (PKS ICT) di kalangan Guru Penyelaras ICT di sekolah-sekolah
rendah di Zon Paloh. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk melihat hubungan antara
elemen-elemen dalam domain PKS ICT yang dikaji. Data bagi kajian ini diperolehi melalui
instrumen soal selidik berdasarkan senarai tugas Guru Penyelaras ICT dengan menggunakan
skala Likert lima mata. Seramai 80 orang responden dari kalangan Guru Besar, Penolong Kanan
dan guru penolong terlibat menjadi responden untuk menilai tahap PKS ICT Guru Penyelaras
ICT di sekolah masing-masing. Data kuantitatif yang dikumpul telah dianalisis dengan
menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 10.01 melibatkan
statistik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan skor min manakala korelasi Pearson ( r )
digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara elemen-elemen dalam domain PKS ICT.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa PKS ICT di kalangan Guru Penyelaras ICT di sekolahsekolah
rendah dalam zon Paloh, Kluang adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati
bahawa terdapat hubungan yang kuat dan positif di antara elemen Pengetahuan ICT dan elemen
Sikap Dalam Mengurus ICT dan di antara elemen Kemahiran ICT dan elemen Sikap Dalam
Mengurus ICT. Berdasarkan dapatan di atas, beberapa cadangan telah dikemukakan pada akhir
laporan kajian ini. |
|---|