Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah: Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana persepsi pelajar fakulti pendidikan terhadap pendidikan seks di sekolah mengikut faktor-faktor seperti jantina, bangsa, umur, kursus dan agama. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini merupakan 130 orang pelajar tahun empat fakulti pendidikan. Inst...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11861/ http://eprints.utm.my/11861/1/Persepsi_Pelajar_Terhadap_Pendidikan_Seks_Di_Sekolah.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana persepsi pelajar fakulti pendidikan
terhadap pendidikan seks di sekolah mengikut faktor-faktor seperti jantina, bangsa, umur, kursus
dan agama. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini merupakan 130 orang pelajar tahun empat
fakulti pendidikan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang menggunakan skala likert.
Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A adalah mengenai maklumat peribadi
subjek kajian dan Bahagian B merupakan item-item yang menguji persepsi subjek tentang
pendidikan seks di sekolah. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan “Statistical
Package For The Social Science Version 15.0” (SPSS 15.0). Data diuji dengan kaedah statistik
deskriptif untuk menerangkan kekerapan, peratusan, dan min. Kaedah inferensi yang digunakan
ialah ujian-t dan ANOVA sehala. Hasil dapatan yang diperoleh melalui ujian t menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar lelaki dan pelajar
perempuan terhadap pendidikan seks di sekolah. Manakala hasil kajian ANOVA Sehala
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar yang berlainan
agama terhadap pendidikan seks di sekolah. Pada keseluruhannya, tahap persepsi responden
terhadap pendidikan seks di sekolah adalah pada tahap sederhana. |
|---|