Profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM

Kajian ini mengkaji profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 40 responden telah dipilih menggunakan persa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Ghani, Faizah, Zakaria, Mustafa
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11940/
http://eprints.utm.my/11940/1/Profil_Personaliti_Dan_Faktor_Pemilihan_Profesion_Perguruan_Di_Kalangan_Pelajar_Kejuruteraan_Fakulti_Pendidikan_UTM.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengkaji profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 40 responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Terdapat tiga jenis soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Soal selidik Norlia Melawi (2000) pada bahagian B yang mempunyai nilai Cronbach alpha 0.89 digunakan bagi mendapatkan faktor pemilihan kerjaya perguruan responden, manakala soal selidik pada bahagian C mempunyai nilai Croanbach alpha 0.85 hingga 0.97 (Amla, 1992). Analisis deskriptif menunjukkan faktor utama dalam pemilihan profesion perguruan adalah faktor minat, diikuti dengan faktor ganjaran dan faktor dorongan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan keseluruhan responden memperolehi kod tiga huruf SCR yang hampir padan dengan kod tiga huruf Holland iaitu SER. Indek Kongruen Iachan menunjukkan 52.5% daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang baik antara darjah kongruen personaliti mereka dengan bidang kursus kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara profil personaliti dengan faktor minat, faktor dorongan dan faktor ganjaran yang dikaji dalam kajian ini.