Keperluan mewujudkan jawatan pembantu bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru: satu tinjauan
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengetahui keperluan mewujudkan jawatan pembantu bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 70 orang guru dari semua kursus yang mengajar amali di bengkel telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini dijalankan de...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11953/ http://eprints.utm.my/11953/1/Keperluan_Mewujudkan_Jawatan_Pembantu_Bengkel_Di_Tiga_Buah_Sekolah_Menengah_Teknik_Di_Daerah_Johor_Bahru.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengetahui keperluan mewujudkan jawatan
pembantu bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 70
orang guru dari semua kursus yang mengajar amali di bengkel telah dipilih sebagai responden
kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden.
Data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For
Social Sciences ( SPSS ) 13.0 for windows dan secara manual. Kajian rintis telah dijalankan
terhadap 10 orang guru yang mengajar matapelajaran amali di Sekolah Menengah Teknik Juaseh
Kuala Pilah di Negeri Sembilan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai
didapati adalah 0.853. Tujuan projek ini dijalankan secara ringkasnya ialah untuk mengetahui
sejauhmana keperluan jawatan baru ini dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah yang
berhubungkait dengan pengurusan bengkel, pengurusan masa, beban tugas guru dan juga
pengawalan disiplin pelajar. Segala maklumat mengenai tanggapan guru-guru terhadap aspekaspek
yang dikaji diperolehi melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh mereka.
Cadangan yang diberikan mengikut aspek yang dikaji adalah pihak sekolah perlu peka iaitu
memikirkan kepentingan mewujudkan jawatan baru dalam membantu menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh guru-guru. Hasil penganalisian terhadap data ini menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya responden mempunyai tanggapan positif terhadap cadangan mewujudkan
jawatan pembantu bengkel di sekolah menengah teknik. |
|---|