Tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Kajian ini mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, sesi 2008/2009. Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi berdasarkan Teori Tipologi Ker...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11961/ http://eprints.utm.my/11961/1/Tret_Personaliti_Dan_Faktor_Pemilihan_Kerjaya_Dalam_Bidang_Perguruan_Di_Kalangan_Pelajar_Sarjana_Muda_Teknologi_Serta_Pendidikan.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang
perguruan di kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, sesi 2008/2009. Kajian ini menggunakan rekabentuk
korelasi berdasarkan Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973) yang menyatakan tentang darjah
kekongruenan tret personaliti. Teori Ginzberg pula digunakan bagi mengenalpasti faktor utama
yang mendorong pemilihan kerjaya pelajar. Seramai 76 orang pelajar daripada tahun satu, dua
dan empat SPH, sesi 2008/2009, UTM telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan
persampelan rawak berlapis. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi
terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi meninjau tret personaliti responden, manakala
Indeks Kongruen Iachan pula digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan personaliti.
Soal selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082 digunakan
untuk mendapatkan faktor pemilihan kerjaya responden. Data-data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) V16.0.1 for Windows.
Analisis data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan
kerjaya responden adalah faktor persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan profil
personaliti keseluruhan responden SPH adalah SCR. Darjah kekongruenan bagi kod tiga huruf
pengkaji menunjukkan hampir padan dengan kod tiga huruf Holland. Analisis inferensi korelasi
Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti
responden dengan faktor pemilihan kerjaya responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen tret personaliti dengan faktor ganjaran,
manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen tret personaliti
dengan faktor minat, keluarga dan persekitaran. Kesimpulannya, beberapa cadangan kajian
lanjutan telah dikemukakan bagi mengukuhkan lagi kajian ini pada masa hadapan. |
|---|