“Uni–Aktif”: Pembinaan sistem pengurusan pangkalan data dan norma ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan, UTM Skudai.

“UNI-AKTIF” adalah satu sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan untuk menganalisis data dan norma pelajar Sains Sukan UTM Skudai melalui ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan motor. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia ColdF...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Muhamad Hafiz, Ab Rahman, Rusmaria
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/12036/
http://eprints.utm.my/12036/1/Uni.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:“UNI-AKTIF” adalah satu sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan untuk menganalisis data dan norma pelajar Sains Sukan UTM Skudai melalui ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan motor. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia ColdFusion MX 7. Manakala pangkalan data dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Access 2003. Sistem ini bertujuan untuk membangunkan pangkalan data bagi memudahkan proses menyimpan dan menganalisis data kecergasan fizikal berserta norma setiap komponen kecergasan fizikal. Terdapat 11 item ujian kecergasan yang diuji dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lima ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan enam ujian kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor. Pengklasifikasian norma diperolehi hasil daripada keputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur antara 20 – 30 tahun. Norma ujian yang ditetapkan mempunyai lima kriteria iaitu cemerlang, sangat baik, baik, sederhana dan lemah. Perisian ini merangkumi enam pautan utama iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, daftar pelajar, keputusan ujian, laporan dan hubungi. Hasil kajian mendapati Sistem Pengurusan Pangkalan Data “UNI-AKTIF” ini dapat membantu dalam tugas – tugas merekod dan menganalisis data pelajar dan turut memudahkan para pensyarah Sains Sukan di IPTA khususnya di UTM melakukan pengujian dan berupaya mengenalpasti prestasi pelajar dengan pantas, tepat dan sistematik.