Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Terhadap Amalan Seks
Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas dalam kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti pandangan pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seks be...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Teknologi Malaysia
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/12173/ http://eprints.utm.my/12173/1/JEPC-2011-1-006.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas dalam kalangan pelajar
tahun empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti pandangan
pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seks bebas yang berlaku dalam
kalangan pelajar IPTA serta faktor-faktor yang mendorong berlakunya masalah seks bebas. Populasi kajian adalah
seramai 482 orang pelajar dari 14 kursus dan sampel dalam kajian ini merupakan keseluruhan populasi. Walau
bagaimanapun, hanya 427 set soal selidik dapat dianalisis kerana 55 set tidak dikembalikan. Set soal selidik
mengandungi 37 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS). Nilai
kebolehpercayaan instrumen kajian ialah ? = 0.85. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara
keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas adalah tinggi dengan nilai
min 4.69. Manakala min bagi persepsi pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan
masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPTA pula adalah sederhana iaitu 3.34. Sementara faktor
utama berlakunya amalan seks bebas dalam kalangan pelajar IPTA ialah media massa dengan nilai min 3.96. |
|---|