Isu-isu remaja suka melepak

Zaman remaja disifatkan zaman yang penuh dengan pancaroba di mana seseorang yang tidak mampu mengendalikan hidupnya dengan baik akan mengalami risiko terkandas dan tercicir dalam perjalanan hidup. Zaman remaja juga dikenali sebaga i zaman ikutikutan di mana individu suka meniru orang lain dan sena...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Shahrin, Boon, Yusof
Format: Book Section
Published: Penerbit UTM 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/13531/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zaman remaja disifatkan zaman yang penuh dengan pancaroba di mana seseorang yang tidak mampu mengendalikan hidupnya dengan baik akan mengalami risiko terkandas dan tercicir dalam perjalanan hidup. Zaman remaja juga dikenali sebaga i zaman ikutikutan di mana individu suka meniru orang lain dan senang dipengaruhi rakan sebaya. Mereka memerlukan bimbingan dan perhatian daripada ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat. “Polis menahan 128 remaja di Johor Bahru” (Harian Metro; 16 Julai 2001), “Lepak, Inikah Masalah Sebenar Remaja ?” (Tamadun; Ogos, 1994), “12 Pelajar Kutu Rayau Ditahan.” (Harian Metro, 07 Ogos, 2006). Isu remaja yang terlibat dalam berbagai gejala sosial seperti merepak, penyalahgunaan dadah, seks bebas, buangan bayi, merogol sering disiarkan melalui media massa di negara kita. Antara isu-isu remaja ini, isu remaja suka melepak sering menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat. Tingkahlaku remaja yang suka melepak iaitu menghabiskan masa lapang di tempat awam seperti kompleks membeli belah, perhentian bas, tempat hiburan dan tempat tumpuan awam dengan kegiatan yang tidak berfaedah harus diambilberat oleh semua golongan masyarakat dan pemimpin-pemimpin kerana golongan remaja ini adalah aset negara yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.