Penggunaan laman web pendidikan di kalangan guru-guru Sekolah Bestari
Laman web merupakan salah satu bentuk media informasi yang semakin popular untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru iaitu di empat buah sekolah di Negeri...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/14349/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Laman web merupakan salah satu bentuk media informasi yang semakin popular untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru iaitu di empat buah sekolah di Negeri Johor. Aspek-aspek yang ditinjau iaitu tahap penggunaan, tahap kemahiran, tujuan penggunaan dan masalahmasalah yang dihadapi semasa melayari laman web. Instrumen kajian yang digunakan ialah Borang Soal Selidik Penggunaan Laman Web Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran dan diedarkan kepada 175 orang guru di empat buah Sekolah Bestari di negeri Johor. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 11.5. Analisis data dilakukan secara kaedah statistik deskriptif iaitu bentuk nilai skor min, ujian t-test dan analisis korelasi. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penggunaan dan tahap kemahiran pada tahap yang sederhana masing- masing. Tujuan utama laman web pendidikan diakses adalah untuk menambahkan pengetahuan dan masalah utama yang dihadapi ialah server down kerap berlaku di sekolah. Hasil dapatan lain dari penyelidikan ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan dengan umur dan pengalaman mengajar. Terdapat juga hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran dengan umur dan pengalaman mengajar. Implikasinya hasil dapatan kajian ini dapat membantu pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memastikan penggunaan laman web secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran. |
|---|