Gagasan Islam hadhari dan hubungan etnik
Mengikut beberapa teori yang diutarakan oleh para sarjana Barat seperti Snouck Hurgonje dan rakan-rakannya, Islam tiba di Tanah Melayu pada abad ke-11 dengan tiga jalan iaitu pertama, dari jalan India melalui para pedagangnya yang telah mula bertebaran di nusantara se...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UTM Press
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/14554/ http://eprints.utm.my/14554/1/MuhammadFauziOthman2009_GagasanIslamHadharidanHubunganEtnik.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Mengikut beberapa teori yang diutarakan oleh para sarjana Barat
seperti Snouck Hurgonje dan rakan-rakannya, Islam tiba di Tanah
Melayu pada abad ke-11 dengan tiga jalan iaitu pertama, dari jalan
India melalui para pedagangnya yang telah mula bertebaran di
nusantara sejak sebelum zaman masihi lagi. Kedua, dari jalan China
kerana Islam sudah sampai di China lebih awal iaitu dalam zaman
pemerintahan Khalifah Uthman Affan iaitu dalam abad pertama Hijrah
atau abad ke-8 Masihi. Atau yang lebih kuat ialah Islam sampai ke
alam nusantara, khususnya di Tanah Melayu, dari jalan Tanah Arab
melalui para pedagang dan mubaligh Islam. Ini bertepatan dengan
catatan dalam Sulalatus Salatin atau kitab Sejarah Melayu tulisan
Bendahara kerajaan Johor-Riau yang masyhur iaitu Tun Seri Lanang.
Oleh kerana Islam sudah lama bertapak di Tanah Melayu, ia
sudah sebati dengan budaya dan adat resam orang-orang Melayu.
Tamadun singkat Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511) sarat dengan
asas-asas syariat Islam sama ada dalam manifestasi perundangannya,
adat resam, amalan kesusasteraan istana mahupun polisi luar negara.
Ini berlarutan sehinggalah pembentukan perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu (1957) melalui pembentukan Suruhanjaya Reid dan Pembentukan Malaysia (1963). Dalam peruntukan perlembagaan
Malaysia, secara jelas termaktub agama Islam sebagai agama rasmi
persekutuan (perkara 11) dan pentakrifan orang Melayu (perkara
153) sebagai individu yang beragama Islam. Justeru adalah mustahil
untuk kita meninggalkan perbincangan Islam sebagai asas kepada
pembentukan budaya Malaysia dan asas dalam hubungan etniknya. |
|---|