Pembangunan model kompetensi juruteknik (J17) di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Bidang sumber manusia melalui evolusi dan masih terus dibincangkan untuk menemukan kaedah atau sistem yang terbaik untuk menguruskan dan membangunkannya. Daripada satu elemen yang kurang diendahkan peranannya dalam organisasi, sumber manusia kemudianya diperakukan sebagai mo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Mariam, Ahmad Khalid, Aminah
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/14761/
http://eprints.utm.my/14761/1/MariamAhmad2009_PembangunanModelKompetensiJuruteknik%28J17%29diMajlis.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bidang sumber manusia melalui evolusi dan masih terus dibincangkan untuk menemukan kaedah atau sistem yang terbaik untuk menguruskan dan membangunkannya. Daripada satu elemen yang kurang diendahkan peranannya dalam organisasi, sumber manusia kemudianya diperakukan sebagai modal penting yang memainkan peranan dan mencorakkan wajah dan prestasi organisasi. Justeru, nilai manusia dalam organisasi dilihat daripada pelbagai sudut dan lahirlah bidang seperti pengurusan prestasi, pengurusan bakat, pembangunan kompetensi dan sebagainya. Gupta (1999) memetik Dubois, 1993, yang menyatakan konsep kompetensi telah diperkenalkan dalam tahun 1950-an oleh Robert White dan David McClelland. Bertolak daripada situ, pengamal bidang pembangunan sumber manusia telah menggarab dan menggunakan kompetensi untuk proses pengambilan, penentuan keperluan latihan, dan pengurusan prestasi. Kecenderungan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menggunakan kompetensi sebagai pengukur prestasi dapat dilihat dengan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk menentukan pergerakan gaji dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM). PTK bagi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam Malaysia mengukur tiga komponen utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi. Mekanisme khusus diwujudkan bagi pelaksanaan dan pemantauan PTK bermula dengan Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam, Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian, Panel Peperiksaan, Panel Penilaian Kursus, dan Panel penilaian bagi pegawai berkelayakan PMR ke bawah.