Rekabentuk Universal Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami beberapa siri perubahan polisi dan dasar sejak daripada sejarah penubuhannya sehingga kini memperlihatkan usaha kerajaan Malaysia untuk melonjakkan PTV sebagai institusi kecemerlangan yang mampu untuk melahirkan modal insan un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Mohd. Zulfadly, Awang Kechik, Aminuddin, Ghazali, Aishah, Hamzah, Rohana, Saud, Muhammad Sukri
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/14949/
http://eprints.utm.my/14949/1/eprint9-Rekabentuk_Universal_Kurikulum_Pendidikan_Teknik_dan_Vokasional.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami beberapa siri perubahan polisi dan dasar sejak daripada sejarah penubuhannya sehingga kini memperlihatkan usaha kerajaan Malaysia untuk melonjakkan PTV sebagai institusi kecemerlangan yang mampu untuk melahirkan modal insan unggul yang mampu mengadaptasi segala perubahan globalisasi. Namun, di sebalik pelbagai kemajuan dan pencapaian yang telah diperoleh PTV dalam proses reformasinya ke arah mencapai matlamat 2020, pelbagai masalah dan isu telah wujud dan menjadi cabaran kepada perlaksanaan PTV di Malaysia. PTV dalam usaha untuk meningkatkan kualiti institusi secara keseluruhan dan untuk mengekalkan keyakinan rakyat pada tahap yang lebih tinggi terhadap keunggulan sistem pendidikan negara memerlukan aspek tadbir urus, sumber pembiayaan, pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi terutamanya kurikulum, kokurikulum dan pedagogi yang mantapkan supaya lebih berdaya saing dan berdaya tahan dalam menangani cabaran globalisasi dan perubahan teknologi yang dinamik. Kurikulum PTV yang dilaksanakan di Malaysia harus diletakkan pada posisi yang betul dan perlulah bertepatan dengan keperluan untuk menjelmakan watak yang indah dan unggul, serta berkeupayaan untuk memperkembangkan seluruh potensi manusia. Oleh itu, artikel ini mengulas beberapa isu yang menjadi cabaran PTV dan membincangkan beberapa punca yang menjadi faktor penghalang kepada perlaksanaan kurikulum PTV yang cemerlang dan seterusnya mencadangkan rekabentuk universal yang sepatutnya dijadikan sebagai landasan kepada pembentukan kurikulum PTV yang berkesan.