Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan 4 Sek Men Teknik Perdagangan Johor Bahru bagi membolehkan ia diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan Mumford (19...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Elias, Emeliana, Sarju, Hussin, Zainudin, Mohd. Izyan Zuhaili, Kamarudin, Shamsul, Yahaya, Azizi
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Education, UTM 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/23002/
http://eprints.utm.my/23002/
http://eprints.utm.my/23002/1/JEPC-5-2012-005.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan 4 Sek Men Teknik Perdagangan Johor Bahru bagi membolehkan ia diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui pencapaian akademik pelajar dan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 40 orang responden yang terlibat dalam kajian ini.Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferansial dan data diperolehi dengan menggunakan soal selidik.Kaedah ujian deskriptif dan inferansi digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 Sek Men Teknik Perdagangan Johor Bahru paling banyak mengamalkan gaya pembelajaran reflektif. Hasil juga menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan pencapaian akademik. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat membantu pelajar dan guru khususnya dalam bidang pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka seharian.