Teknik pembakaran hijau: pembakar berbahan api cecair

Buku ini secara amnya menerangkan tentang kaedah pengurangan pembentukan emisi gas pencemar daripada proses pembakaran, iaitu oksida nitrogen (NOx), oksida sulfur (SOx), karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO2), dan juga hidrokarbon tidak terbakar (UHC). Karya ini merupakan pengumpulan hasil kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri, Ishak, Mohamad Shaiful Ashrul
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UTM 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/30168/
http://eprints.utm.my/30168/
http://eprints.utm.my/30168/1/MohammadNazriMohd.2012_TeknikPembakaranHijauPembakarBerbahan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini secara amnya menerangkan tentang kaedah pengurangan pembentukan emisi gas pencemar daripada proses pembakaran, iaitu oksida nitrogen (NOx), oksida sulfur (SOx), karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO2), dan juga hidrokarbon tidak terbakar (UHC). Karya ini merupakan pengumpulan hasil kajian penulis dalam bidang teknologi pengurangan emisi (ataupun teknologi hijau) yang telah dijalankan melebihi 10 tahun di Universiti Teknologi Malaysia. Buku ini dipersembahkan dalam cara yang dirasakan dapat membantu pembaca untuk memahami masalah yang ditimbulkan di sini dan bagaimana cara menyelesaikan masalah tersebut. Buku ini menerangkan jenis–jenis emisi yang dijana semasa proses pembakaran, bagaimana ia terbentuk, implikasinya ke atas alam sekitar, dan bagaimana kaedah untuk mengurangkan setiap satu gas emisi itu tadi. Buku ini membincangkan dengan terperinci tiga kaedah yang dapat mengurangkan emisi terutamanya emisi NOx. Walaupun tidak dinafikan terdapat lebih banyak lagi kaedah lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah penghasilan emisi daripada proses pembakaran, penulis merasakan tiga kaedah yang dibentangkan dan dibahaskan dalam buku ini merupakan antara kaedah utama yang diamalkan. Buku ini membincangkan hasil kajian menggunakan pemusar udara berbilang sudut bilah pada nisbah kesetaraan yang berbeza–beza, penggunaan plat orifis sebagai membantu mengurangkan pembentukan emisi NOx daripada proses pembakaran, dan kesan menggunakan kaedah pembakaran berperingkat dalam mengurangkan emisi NOx.